Sosioekomoni Dan Keusahawanan
Kegiatan Ekononi Sara Diri
Bagi menyara kehidupan seharian, kebanyakan penduduk kampung menjalankan aktiviti bercucuk tanam. Antara tanaman yang ditanam ialah serai , ubi kayu, terung dayak dan sayuran hijau yang sesuai ditanam di tanah kebun mereka masing-masing. Hasil tanaman mereka akan dijual kepada pemborong yang juga penduduk tempatan yang berniaga di pasar tani. Di samping itu juga terdapat penduduk yang berkerja dalam sektor kerajaan mahupun juga sektor swasta
Kursus Penanaman Nenas Johor
Hasil Penanaman Nenas
Projek Skim Penanaman Nenas Johor
Selain itu, terdapat juga di antara penduduk kampung menyertai skim perladangan yang ditawarkan oleh Jabatan Pertanian. Antara skim yang telah disertai oleh penduduk ialah Penanaman Nenas Johor. Penglibatan penduduk dalam penanaman nenas ini sangat memberangsangkan. Nenas yang dituai dijual kepada penduduk kampung, peraih atau dijual sendiri oleh peneroka di pekan bau. Ini secara tidak langsung menjana pendapatan sampingan kepada penduduk yang menyertainya.
Projek Penanaman kelapa Sawit
Disamping itu, terdapat juga antara penduduk yang menyertai usahasama bersama kompeni luar bagi penanaman kelapa sawit di tanah mereka. Penduduk yang terlibat turut mendapat pelbagai faedah seperti dividen dan bonus tahunan hasil persetujuan bersama.
Projek Penanaman Getah
Kini, penduduk kampung terus melangkah maju dalam pertanian dengan penyertaan dalam projek National Key Ekonomy Area Rubber Block Planting. Projek ini baru sahaja dirasmikan dengan Projek penanaman getah ini dijangka mampu membawa pulangan kepada penduduk yang menyertainya pada masa hadapan.