Kemudahan Awam
COOP Kpg Skio
Merupakan kedai runcit yang terdapat di Kpg Skio. Pada tahun 2012 kedai koperasi ini mendapat penjenamaan semula iaitu dari Koperasi Kpg Skio kepada COOP 1 Malaysia Kpg Skio. Koperasi ini menjadi tempat bagi penduduk kampung membeli barangan seharian selain daripada menjual hasil kebun seperti sayur-sayuran & buah-buahan.
Dewan Masyarakat
Dewan ini merupakan tempat bagi penduduk kampung Skio menjalankan aktiviti dan mesyuarat. Dewan ini mula dibina pada tahun 2009 dan siap sepenuhnya pada 2010. Dewan ini turut diperlengkapi dengan kemudahan asas seperti elektrik & air selain daripada tandas. Antara kemudahan yang disediakan bagi penduduk adalah gelanggang badminton.
Pusat Internet 1 Malaysia Skio & Kampung Tanpa Wayar
Sebuah projek hasil usahasama SKMM & Maxis. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti perkhidmatan Internet, Printing (Black & White, Colour) Scanning & Laminate. Selain perkhidmatan, penduduk kampung turut mendapat peluang untuk mengikuti setiap kursus yang dianjurkan oleh pengurus & penolong pengurus yang mendapat latihan dari ICT UNIMAS.
Mesin Memproses Getah
Merupakan salah satu kemudahan yang disediakan bagi penduduk kampung terutama sekali bagi penduduk yang menoreh. Beberapa buah mesin memproses getah turut disediakan & diperlengkapi dengan bekalan air.
Mesin Pengisar Padi
Kampung Skio merupakan antara kampung yang aktif dalam penanaman padi huma. Mesin pengisar padi yang terdapat di kampung Skio merupakan hak persendirian yang mana penduduk kampung akan menghantar & membayar untuk setiap perkhidmatan yang digunakan. Kadar yang dikenakan bagi sekilo padi adalah sebanyak RM 0.30 sekilo.
Bekalan Elektrik
Penduduk kampung Skio mula mendapat bekalan elektrik pada tahun 1992. Kemudahan ini secara tidak langsung mengurangkan kos hidup penduduk kampung. Hal ini kerana penggunaan generator menuntut perbelanjaan minyak yang sangat mahal untuk ditampung oleh penduduk kampung bagi penggunaan sehari-harian.
Bekalan Air Paip Kerajaan & Gunung
Penduduk Kampung Skio kini sudah menikmati bekalan air paip bersih pada bulan Ogos 2015. Walaupun demikian terdapat juga di antara penduduk masih lagi bergantung kepada bekalan air graviti dari kawasan pergunungan berdekatan. Bekalan air gunung ini disalurkan melalui batang paip yang dipasangkan ke setiap rumah. Kemudahan bekalan air gunung ini bukan sahaja dinikmati oleh penduduk kampung Skio malah dikongsi bersama dengan kampung Sogoh yang mana kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan bersama.
Gereja Kampung Skio – St Edward
Majoriti penduduk Skio beragama kristian. Jesteru itu, sebuah gereja telah dibina bagi memudahkan penduduknya menjalankan aktiviti ibadah dan keagamaan. Kedudukannya terletak di atas bukit jalan masuk ke Kampung Skio.
Bank yang terdapat di Bau
Dewan Suarah Bau
Jabatan pertanian
Perpustakaan Daerah Bau
Perhentian Bus – Pengangkutan Awam
Balai Polis Daerah Bau