Komuniti
JKKK
JKKK memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan & kemajuan sesebuah kampung. Hal ini kerana setiap perancangan & keputusan dilakukan semasa mesyuarat diadakan yang dipengerusikan oleh Ketua Kampung. JKKK Skio boleh dikatakan aktif kerana sentiasa memberi sokongan & ikut serta dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Ahli Exco JKKK Kampung Skio
1. Pengerusi : En Micheal Dang
2. Naib Pengerusi : En Chita Tiew
Pasukan Bola Sepak Skio
Kelab Belia, Sukan & Rekreasi
Merupakan salah sebuah kelab yang aktif di Skio. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah perlawanan bola sepak antara kampung mahupun daerah, futsal, sukaneka bagi penduduk kampung dan kanak-kanak. Selain itu, belianya juga turut aktif dalam penglibatan aktiviti di peringkat kampung seperti sambutan ambang tahun baru, Krismas dan sebagainya
Pengerusi : EN Yousli Ak Mehos
Biro Wanita
Ditubuhkan pada awal 80 An. Objektif utama yang membawa kepada penubuhan Biro wanita adalah untuk memupuk semangat kerjasama & gotong royong dalam kalangan kaum ibu & wanita dalam setiap aktiviti yang diadakan di Kampung Skio. Selain itu, kaum wanita juga memainkan peranan dalam sesebuah majlis @ acara yang diadakan terutama sekali dalam hal ehwal makanan, menjadi pengerusi majlis dan sebagainya. Selain itu biro wanita juga aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan baik anjuran diperingkat kampung mahupun badan kerajaan lain seperti Jabatan Pertanian & Jabatan Kesihatan. Mereka turut mengadakan aktiviti tahunan seperti lawatan sambil belajar setiap tahun bagi mendedahkan ahlinya dengan masyarakat luar. Antara tempat yang telah dilawati adalah Kampung Budaya, kilang menghasilkan pasu, minuman bergas dan Batang Ai National Park Sri Aman.
Pengerusi : Pn Nesi
Kugiran Gelap Gelita(Mega Force)
Kumpulan Megaforce merupakan salah sebuah kugiran yang terkenal di Bau. Ahlinya terdiri daripada anak jati Kampung Skio. Sepanjang penubuhan, kumpulan ini telah menghasilkan 2 album lagu Bidayuh selama penglibatan mereka dalam bidang seni. Mereka sering mendapat undangan untuk mengadakan persembahan di majlis kerajaan, koprat mahupun dari komuniti setempat bagi sambutan perkahwinan, majlis makan malam dan ulang tahun perkahwinan. Megaforce juga pernah terlibat dalam rakaman lagu sempena perayaan Gawai Dayak yang mana dikendalikan oleh Radio Televison Malaysia cawangan Kuching. Penglibatan Skio dalam seni hiburan tempatan bukanlah perkara baru. Ianya bermula sejak awal lagi. Kugiran pertama dikampung Skio dikenali sebagai Gelap Gelita.