Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Tasik Biru
Terdapat pelbagai tempat menarik yang dapat dikunjungi di Bau. Antaranya ialah Tasik Biru. Tasik biru merupakan tasik buatan hasil daripada kegiatan pelombongan emas satu ketika dahulu. Kedalamannya diumpamakan kedalaman laut. Terdapat pelbagai aktiviti telah dianjurkan ditasik ini seperti rakit, kayak dan jong. Bagi pencinta alam, Tasik Biru merupakan salah sebuah tempat yang wajip dikunjungi. Suasana yang tenang dan damai serta pemandangan yang menarik mampu menghilangkan tekanan dalam diri. Selain itu juga, Tasik Biru turut menjadi pilihan pasangan bagi sesi pengambaran Outdoor Pre-Wedding.
Taman Red Tone
Taman Red Tone merupakan salah sebuah kawasan persinggahan terkenal bagi pengunjung selepas membeli belah di pasar sempadan Serikin- Indonesia. Antara tempat menarik yang menjadi tarikan utamanya ialah pengunjung berpeluang untuk mengekplorasi gua batu yang terdapat disini. Selain itu, terdapat juga cafe bagi pengunjung untuk menjamu selera selain daripada mendapatkan buah-buahan segar yang dijual diseberang jalan.
Gua Angin
Gua angin merupakan salah sebuah gua yang terkenal di daerah Bau. Kedudukannya terletak 10 minit dari pasar Bau. Kebiasaannya pengunjung datang ke sini untuk mengeksplorasi gua dan melihat sendiri keindahan serta kehidupan yang terdapat di gua ini. Selain itu juga, dihujung kawasan gua terdapat sungai yang mengalir yang mana sesuai bagi aktiviti perkelahan dan aktiviti mandi manda. Kawasan lapangnya yang luas membuatkannya menjadi pilihan bagi komuniti mengadakan aktiviti seperti hari keluarga, reunion dan kem bina semangat.