Kelas penghasilan Chocolate Moist Muffin dan Mix Fruits
27 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 26 Oktober 2016, PI Bogag dan PI Skio sekali lagi telah bekerjasama menjalankan sebuah kelas keusahawanan. Kelas telah dihadiri seramai 15 orang peserta cilik yang berminat untuk menjadi usahawan muda. Kelas ini antara lain bertujuan untuk dijadikan sebagai medium pencetus idea kepada para peserta supaya mereka berminat untuk menghasilkan produk sendiri dan menjadi seorang usahawan muda suatu hari nanti. Selain itu, ia juga merupakan platform terbaik memupuk minat berniaga seawal usia muda. Para peserta bukan sahaja mempelajari cara mudah dalam penghasilkan kek muffin malah dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Resepi bagi menghasilkan kek ini diperolehi dengan perkongsian resepi secara atas talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: