Kelas Intel- Asas Microsoft Word
21 September 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 20 September 2016, PI Skio telah mengadakan kelas Intel yang mana bertumpu kepada modul asas microsoft word. Kelas ini telah dihadiri seramai 20 peserta. Antara yang dipelajari dalam kelas ini ialah cara membuka aplikasi word, menukar jenis tulisan, saiz dan warna. Sebelum kelas berakhir peserta dikehendaki untuk menaip sebuah karangan berdasarkan tajuk yang diberikan dan menggunakan sepenuhnya setiap yang telah dipelajari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: