Kelas Multimedia & Penghasilan Origami Kura-kura dan burung
6 April 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 5 April 2016, PI Bowang dengan kerjasama bersama PI Skio dan Bogag telah mengadakan satu kelas ICT bersama dengan pelajar tadika KEMAS Kpg Tanjung Singai. Seramai 14 orang pelajar berumur dari 4-6 tahun telah menyertai kelas khas ini. Kelas ini merupakan kelas lanjutan daripada aktiviti sebelumnya.
Para pelajar diajar cara menggunakan aplikasi mewarna atas talian selain daripada menghasilkan origami burung dan kura-kura yang modulnya diambil dari internet. Melalui kelas ini, kakitangan PI berharap para pelajar dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cara yang lebih menarik dan tidak hanya berharap kepada pembelajaran di dalam kelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: