Kelas Microsoft PowerPoint & Typing Skills
25 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 24 Julai 2022, kakitangan PEDi Skio telah mengadakan sebuah kelas membuat slaid menggunakan Microsoft PowerPoint yang bertemakan Hari Sarawak. Kelas yang bermula pada pukul 2:00 tengah hari dan tamat pada pukul 4:00 petang. Di dalam kelas ini, peserta telah didedahkan dengan pemilihan slaid, penggunaan transitions dan animations, jenis-jenis font dan shape format. Selain itu, diikuti dengan kelas typing skills. Kelas ini bertujuan supaya peserta mahir dalam penggunaan papan kekunci. Kakitangan PEDi Skio berbesar hati dapat berkongsi ilmu pengetahuan ini dan diharapkan dapat membantu pelajar ini agar lebih cemerlang di dalam proses pembelajaran digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: