Kelas Microsoft Power Point

27 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 26 April 2022 (Selasa), pihak PEDi Skio telah mengadakan kelas secara bersemuka bersama-sama dengan beberapa orang ahli PEDi Skio. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membimbing para pelajar cara-cara untuk menghasilkan slaid yang menarik menggunakan Microsoft Power Point. Para pelajar juga turut diberi tips penggunaan latar belakang slaid, jenis fon yang sesuai dan juga saiz fon yang sesuai. Selain itu, advokasi berkaitan Klik Dengan Bijak dan juga kuiz melalui aplikasi Quizizz juga turut diselitkan di akhir kelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali