Kelas Membuat Logo Menggunakan Aplikasi Adobe Illustrator

12 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Mac 2022, seramai empat orang ahli PEDi Skio telah berkunjung ke PEDi Skio untuk menyertai Kelas membuat logo menggunakan aplikasi Adobe Illustrator yang dianjurkan oleh kakitangan PEDi Skio bermula dari 3 petang hingga 5 petang. Adobe Illustrator ialah program reka bentuk popular yang membantu anda memanipulasi pelbagai jenis grafik dan logo mudah. Ia adalah vektor penyunting grafik yang membolehkan kita membuat dan mengedit imej atau logo grafik vector. Dalam kelas ini, peserta juga diberikan tugas iaitu membuat logo supaya peserta lebih mahir dengan penggunaan adobe illustrator. Kakitangan PEDi Skio berbesar hati dapat berkongsi ilmu bersama peserta yang datang menghadiri kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali