Kelas Mereka Cipta Poster Kemerdekaan (Canva) & Quizziz

28 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Ogos 2022, PEDi Skio telah menjalankan sebuah kelas sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bersama pengunjung PEDi. Kelas ini dijalankan bagi menyemarakkan semangat cintakan Negara di kalangan peserta. Kelas mencipta poster pula dijalankan untuk memberikan peluang kepada peserta menyuarakan rasa cinta mereka kepada Negara melalui poster yang mereka ciptakan.

Peserta menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan poster Hari Kebangsaan yang menarik. Seterusnya, kuiz Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia telah dijalankan untuk menguji pengetahuan am peserta tentang Negara Malaysia. Program ini dijalankan selama dua jam bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali