Kelas Advokasi Klik Dengan Bijak Cybergrooming dan Penipuan Kewangan

30 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Januari 2022, PEDi Skio telah mengadakan kelas advokasi bersama empat orang pengunjung ke PEDi. Kelas ini dijalankan antara lain bertujuan untuk melahirkan pengguna internet yang beretika serta bijak dan sentiasa berwaspada, bertanggungjawab dan mampu menjaga keselamatan sendiri ketika melayari internet. Dengan adanya kelas kesedaran sebegini, diharap dapat mendidik para pengguna internet agar sentiasa berhati-hati dengan apa yang dikongsikan di media sosial serta bijak membuat kesimpulan agar tidak menjadi mangsa jenayah siber.

Kelas yang dijalankan pada 29 Januari 2022 bermula pukul 2.30 petang dan tamat pada pukul 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali