Mencipta Jadual Waktu Melalui Aplikasi Canva
26 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 25 Mac 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Skio telah mengadakan kelas bersama dengan 5 orang ahli PEDi Skio yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan juga tingkatan 2. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membimbing para pelajar cara-cara untuk menghasilkan jadual waktu kelas masing-masing sebagai rujukan mereka sendiri. Para pelajar telah diajar cara-cara untuk menghasilkan jadual waktu kelas yang menarik melalui aplikasi atas talian iaitu Canva. Melalui aplikasi tersebut mereka boleh menghasilkan jadual waktu mengikut kreativiti masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: