Improve Your English Grammar

23 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mei 2022 (Ahad), pihak PEDi Skio telah mengadakan kelas secara bersemuka bersama-sama dengan beberapa orang ahli PEDi Skio. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran penggunaan tatabahasa dalam bahasa Inggeris dikalangan pelajar. Pelajar turut diberikan beberapa tips bagaimana untuk meningkatkan tatabahasa Inggeris mereka antaranya adalah seperti membaca, menulis,membuat kuiz dan juga membuat rundingan sesama rakan dan belajar dari maklum balas yang diterima.

Selain itu para pelajar turut di minta untuk ke hadapan dan membaca ayat yang terdapat di video yang ditayangkan bagi menguji tahap kemahiran bahasa Inggeris mereka. Pada akhir kelas, pihak PEDi telah mengadakan kuiz secara atas talian melalui aplikasi Quizizz.com bagi menguji tahap penguasaan tatabahasa mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali