Pertandingan Kuiz Sempena Hari Kemerdekaan

22 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Ogos 2022 (Ahad), pihak PEDi Skio telah mengadakan pertandingan kuiz sempena Hari Kemerdekaan dengan beberapa orang ahli PEDi Skio. Kuiz ini diadakan melalui aplikasi Quizizz dan ianya diadakan bertujuan untuk mendidik dan memupuk erti kemerdekaan khususnya dalam kalangan pelajar. Pada usia yang muda inilah semangat patriotisme terhadap tanah air tercinta harus disemai sewajarnya. Pihak PEDi Skio turut menayangkan video berkaitan sejarah kemerdekaan Malaysia sejurus selepas kuiz tamat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali