Advokasi KDB Berkaitan Maklumat Palsu

19 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 18 September 2022 (Ahad), pihak PEDi Skio telah mengadakan advokasi berkaitan maklumat palsu secara bersemuka bersama-sama dengan 7 orang ahli PEDi Skio. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para belia mengenai betapa pentingnya dalam menghentikan penyebaran maklumat palsu.Para belia telah didedahkan cara-cara untuk menilai samada maklumat yang diterima adalah sahih atau sebaliknya dengan menilai samada diterima dari sumber yang boleh dipercayai dan periksa terlebih dahulu sumber maklumat yang diberikan.Pihak PEDi juga turut menayangkan beberapa jenis video yang berkaitan dengan maklumat palsu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali