Kelas Asas Komponen Komputer dan E-Learning

17 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Mei 2022, kakitangan PEDi Skio telah mengadakan sebuah kelas asas komponen komputer bersama dengan lima pelajar sekolah menengah bermula pada pukul 3:00 petang dan tamat pada 5:00 petang. Di dalam kelas ini, pelajar telah didedahkan dengan:

  • Jenis-jenis komponen komputer.
  • Kepentingan & kebaikkan komputer kepada pelajar.
  • Jenis-jenis perkakasan komputer.
  • Fungsi setiap komponen.
  • Latihan melalui Kahoot.

Dalam kelas ini juga, peserta kemudiannya mendengar taklimat ringkas Klik Dengan Bijak untuk memastikan mereka sentiasa peka dan lebih berhati-hati serta bertanggungjawab ketika melayari internet.

Kakitangan PEDi Skio berbesar hati dapat berkongsi ilmu pengetahuan ini dan diharapkan dapat membantu pelajar ini agar lebih cemerlang di dalam proses pembelajaran digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali