Kelas Microsoft Word & E-Learning

21 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Januari 2022, PEDi Skio telah mengadakan kelas Microsoft Word & e-learning bersama tiga orang pengunjung ke PEDi. Dalam sesi ini, peserta yang sudah mengikuti beberapa siri kelas asas Microsoft Word sebelum ini diberikan beberapa latihan untuk menilai dan mengukuhkan kemahiran mereka menggunakan Microsoft Word. Peserta diberikan latihan menaip dokumen agar dapat meningkatkan kemahiran menggunakan butang Home, Insert, Design, Page Layout dan sebagainya yang ada dalam Microsoft Word. Peserta kemudiannya mempelajari satu laman web animasi iaitu Powtoon.com. Kelas yang dijalankan selama dua jam ini dijalankan bermula dari pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali