Teknik Menulis Karangan Dalam Spm Bahasa Melayu & E-Learning

18 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Jun 2022, kakitangan PEDi Skio telah mengadakan sebuah kelas Teknik menulis karangan SPM bermula pada pukul 3:00 petang dan tamat pada 5:00 petang. Di dalam kelas ini, pelajar telah didedahkan dengan:

  • Unsur-unsur karangan.
  • Cadangan Pengagihan Masa.
  • Mengetahui Kehendak Soalan.
  • Latihan E-Learning menggunakan Kahoot.

Dalam kelas ini juga, peserta kemudiannya mendengar taklimat ringkas Klik Dengan Bijak untuk memastikan mereka sentiasa peka dan lebih berhati-hati serta bertanggungjawab ketika melayari internet.

Kakitangan PEDi Skio berbesar hati dapat berkongsi ilmu pengetahuan ini dan diharapkan dapat membantu pelajar ini agar lebih cemerlang di dalam proses pembelajaran digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali