Kelas Membuat Slaid

17 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mei 2022 (Isnin), pihak PEDi Skio telah mengadakan kelas secara bersemuka bersama-sama dengan beberapa orang ahli PEDi Skio. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membimbing para pelajar cara-cara untuk menghasilkan slaid yang menarik dengan menggunakan aplikasi secara atas talian iaitu Canva. Para pelajar juga turut diberi tips penggunaan latar belakang slaid, jenis fon dan juga saiz fon yang sesuai. Para pelajar telah diminta untuk memuat turun aplikasi Canva tersebut di dalam telefon bimbit masing-masing bagi memudahkan mereka untuk mengakses kepada aplikasi tersebut pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali