Mencipta stiker DIY

17 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mei 2022 (Isnin), pihak PEDi Skio telah mengadakan kelas secara bersemuka bersama-sama dengan beberapa orang ahli PEDi Skio. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan cara menghasilkan stiker yang menarik mengikut kreativiti masing-masing dimana mereka telah didedahkan dengan aplikasi Silhouette. Silhoutte mencipta mesin ketepatan dan perisian berkuasa yang direka khas untuk peminat DIY dan juga perniagaan kecil dimana dengan adanya mesin khas tersebut mereka boleh menghasilkan pelbagai stiker yang menarik dimana ianya boleh dilekatkan di baju, cawan, kereta, belon dan sebagainya dan pada masa yang sama juga mereka dapat menjana pendapatan dengan menjual hasil ciptaan stiker tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali