Kelas Microsoft Paint

22 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti Skio telah mengadakan kelas Microsoft Paint. Kelas ini bermula pukul 2.30 tengah hari sehingga 4.30 petang dan telah disertai oleh komuniti setempat. Aktiviti ini bertujuan untuk mengajar cara-cara untuk menghasilkan gambar dengan menggunakan bentuk dan menyunting gambar menggunakan perisian Microsoft Paint. Selain itu, peserta juga sentiasa diingatkan untuk menyimpan hasil kerja ke dalam file sendiri bagi memudahkan mereka untuk membuat sebarang kemaskini. Kelas ini turut didedahkan kepada peserta tentang Klik Dengan Bijak melalui slaid dan tayangan video.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali