Design Your Life Purpose (New Year, New You)

24 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Disember 2021 (Selasa), pihak PEDi Skio telah mengadakan sebuah program berbentuk ceramah morivasi bersama dengan pihak PEDi Krokong dan juga PEDi Stungkor Baru. Pihak PEDi telah menjemput pakar motivasi NLP iaitu coach Nora Morshidi untuk memberikan ceramah berkaitan persediaan untuk meniti perjalanan tahun baru 2022 yang bertajuk Design Your Life Purpose (New Year,New You). Ceramah ini telah diadakan secara atas talian melalui aplikasi Google Meet yang mana telah dihadiri oleh para pelajar dari sekolah menengah dan juga institusi pengajian tinggi. Ceramah ini adalah bertujuan untuk memberi bekalan kepada para belia untuk menjadi insan baru dengan minda baru,aspirasi yang tinggi dan langkah yang jelas untuk menjulang dan mengapai puncak dalam bidang yang diminati masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali