Kelas Asas Microsoft Powerpoint & KDB Maklumat Palsu

10 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Microsoft PowerPoint ini telah diadakan pada 09 Mei 2021, hari Ahad bertempat di Pusat Internet Komuniti Skio. Dalam kelas ini, para peserta mempelajari cara untuk menghasilkan slaid pembentangan yang mudah dan menarik. Selain memasukkan objek ke dalam slaid, para peserta turut diberi tunjuk ajar menukar design slaid, meletakkan transitions pada slaid dan meletakkan animations pada objek seperti teks, bentuk dan gambar dalam slaid yang dihasilkan. Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 2.00 petang dan tamat pada pukul 4.00 petang ini telah dihadiri oleh 2 orang pelajar.

Akhir sekali, Advokasi klik dengan bijak ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para remaja tentang keburukan penyalahgunaan internet dan padah menyebarkan maklumat yang palsu ataupun tidak sahih. Selain itu, advokasi KDB ini juga dapat memupuk kesedaran untuk lebih peka dan mendidik remaja untuk menjadi pengguna yang bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali