Kelas Asas Ms Word & KDB (SEBENARNYA.MY)

9 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas MS Word ini telah diadakan pada 08 Mei 2021, hari Sabtu bertempat di Pusat Internet Komuniti Skio. Dalam kelas ini, peserta diperkenalkan kepada Mailings (Mail Merge). Mail Merge adalah alat yang berguna yang memungkinkan para pelajar untuk menghasilkan beberapa surat, label, tag nama, dan lainnya menggunakan informasi yang disimpan dalam database, atau spreadsheet.

Selepas itu, taklimat Klik Dengan Bijak Cyber (Sebenarnya.my) diadakan dalam menangani isu berita palsu ini adalah bagi membudayakan amalan menyemak maklumat agar masyarakat lebih celik fakta dan berwaspada sebelum bertindak menyebarkan berita. Selain itu, Aplikasi sebenarnya.my dapat memacu keberkesanan masyarakat menerima maklumat yang tepat dan pantas melalui telefon pintar. Akhir sekali, Aplikasi sebenarnya.my juga memudahkan orang awam memeriksa kesahihan maklumat yang ditentusahkan dan terus berkongsi di laman sosial masing-masing.

Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 2.00 petang ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah menengah. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali