Kelas Asas Microsoft Word – Chart
10 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniKelas Asas Microsoft Word – Chart ini telah diadakan pada 9 Januari 2021, hari Sabtu bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Skio. Dalam kelas ini, peserta diberi tunjur ajar cara membuat jenis-jenis chart seperti graf, carta pai dan Column menggunakan MS Word. Selain itu, peserta mempelajari cara untuk memasukkan data ke dalam lembaran kerja (worksheet) untuk menghasilkan graf, carta pai dan Column.
Disamping itu, peserta juga diajar cara menukar jenis carta (chart type), menyusun semula data carta, dan bahkan mengubah susun atur (layout) dan gaya carta (chart styles). Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 2 tengah hari ini telah dihadiri oleh tiga peserta yang merupakan pelajar. Kelas tamat pada pukul 4 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: