Kelas Mencipta Kad Hari Jadi Menggunakan Canva

8 April 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Mencipta Kad Hari Jadi menggunakan CANVA ini telah diadakan pada 07 April 2021, hari Rabu bertempat di Pusat Internet Komuniti Skio.

Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada platform reka bentuk grafik iaitu CANVA ( www.canva.com ). Seterusnya, mereka diberi tunjuk ajar cara untuk mencipta kad hari jadi yang mudah dan cantik secara atas talian menggunakan CANVA. Setelah menyiapkan kad hari jadi mereka, para peserta diajar cara untuk memuat turun dan menyimpan kad tersebut ke dalam komputer.

Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pukul 3.00 tengah hari dan tamat pada pukul 5.00 petang ini telah dihadiri oleh seramai 2 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali