Kelas Mengedit Video

7 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Disember 2021 (Isnin), pihak PEDi Skio telah mengadakan kelas secara bersemuka bersama dengan beberapa orang ahli PEDi Skio. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membimbing para pelajar cara-cara untuk mengedit video melalui aplikasi Filmora. Aplikasi Filmora ini boleh dimuat turun secara percuma di Play Store dan juga Apple Store. Pihak PEDi turut menunjukkan beberapa contoh video yang telah diedit melalui aplikasi Filmora dan mereka juga diminta untuk mencuba sendiri mengedit video melalui aplikasi tersebut. Sebelum mengakhiri kelas, pihak PEDi turut mendedahkan para pelajar dengan advokasi KDB yang berkaitan dengan Cyberbully. Video berkaitan dengan topik tersebut turut ditayangkan dan beberapa soalan telah diajukan kepada para pelajar untuk mengetahui sejauh mana mereka peka terhadap isu Cyberbully tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali