Kelas Mengedit Gambar

5 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Disember 2021 (Sabtu), pihak PEDi Skio telah mengadakan kelas secara bersemuka bersama dengan beberapa orang ahli PEDi Skio yang bertempat di bilik latihan PEDi Skio. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengajar para pelajar cara untuk mengedit gambar dengan teknik yang betul. Mereka telah didedahkan dengan aplikasi SNAPSEED dimana mereka boleh mengakses aplikasi tersebut secara percuma dan boleh dimuat turun melalui aplikasi Apple Store dan juga Play Store. Beberapa topik yang telah ditekankan dalam kelas tersebut iaitu :
a) Apakah itu SNAPSEED?
b) Bagaimana menggunakan aplikasi SNAPSEED?
c) Bagaimana mengedit gambar potret melalui aplikasi SNAPSEED?
d) Cara-cara untuk membuang objek di dalam gambar menggunakan alat-alat di dalam SNAPSEED.

Di akhir kelas, pihak PEDi turut memberikan advokasi KDB berkaitan dengan Oversharing dimana beberapa video berkaitan dengan Oversharing telah ditayangkan dan sedikit penerangan telah diberikan kepada para pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali