Kelas Asas ICT & E-Learning

30 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 29 September 2021, PIK Skio telah mengadakan kelas asas ICT & e-learning bersama dua orang pengunjung ke PIK. Peserta yang menyertai kelas ini didedahkan kepada komponen asas komputer dan fungsinya. Peserta turut diperkenalkan dengan laman latihan mewarna secara atas talian iaitu scrapingColoring. Dalam sesi ini juga, peserta telah diperkenalkan dengan asas penggunaan Microsoft Word dari memilih template dokumen serta fungsi button dan tools yang terdapat di dalamnya. Dalam sesi kali ini, peserta diberikan latihan menaip yang memfokus kepada penggunaan tab menu Home.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali