Live Streaming Aplikasi Multimedia Dalam Pendidikan Semasa Era Pandemik Covid-19

26 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Jun 2021 (Jumaat), Menarik di Bau (MDB) telah berkolaborasi bersama En. Jonathan Sidi, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Komputer dan teknologi Maklumat UNIMAS di dalam satu program bual bicara santai. Tujuan program ini adalah mengenai penggunaan teknologi multimedia dalam pendidikan terutamanya di era pandemik masa kini. Antara tajuk yang dibincangkan ialah Bagaimana Multimedia membantu dalam kehidupan seharian?. Dari perspektif pengguna komputer, multimedia boleh diertikan bahawa informasi komputer yang boleh dipersembahkan melalui audio atau video sebagai tambahan kepada teks, imej, grafik dan animasi.

Selain itu, kita dapat memberi satu gambaran bahawa multimedia adalah satu kombinasi data yang berbilang jenis dan media untuk penyampaian maklumat bagi menjadikan komunikasi lebih berkesan. Teknologi multimedia adalah salah satu teknologi baru dalam bidang komputer yang memiliki kebolehan untuk menjadikan media pembelajaran lebik lengkap.

Akhir sekali, Multimedia digunakan sebagai perantara dalam sesebuah penyampaian atau persembahan maklumat kepada para pelajar terutama semasa era pandemik Covid-19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali