Kelas Mencipta Carta Graf

29 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 28 September 2021 (Selasa), pihak PIK Skio telah mengadakan kelas secara atas talian melalui aplikasi Google Meet bersama dengan beberapa orang ahli PIK Skio. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membimbing para pelajar cara-cara untuk menghasilkan carta graf yang menarik dan mudah difahami. Mereka diberikan pendedahan kepada beberapa jenis carta graf yang sesuai digunakan dan mereka juga diminta untuk mencipta sendiri carta graf melalui aplikasi Canva.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali