Kelas Mencipta Poster menggunakan Canva & E-learning

28 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Mencipta Poster menggunakan Canva dan E-learning ini telah diadakan pada 27 Oktober 2021, melalui aplikasi ZOOM.

Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada platform reka bentuk grafik iaitu CANVA ( www.canva.com ) . Seterusnya, mereka diberi tunjuk ajar cara untuk mencipta poster yang mudah dan cantik secara atas talian menggunakan CANVA. Setelah menyiapkan poster, para peserta diajar cara untuk memuat turun dan menyimpan poster ke dalam komputer.

Peserta juga membuat latihan Bahasa Inggeris dan Matematik menggunakan platform Kahoot.

Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pukul 2.00 petang dan tamat pada pukul 4.00 petang ini telah dihadiri oleh seramai 3 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali