Kelas Membuat Poster Menggunakan Aplikasi Canva

27 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Mac 2021 (Jumaat), pihak PIK Skio telah mengadakan kelas secara bersemuka bersama-sama dengan beberapa orang ahli PIK Skio. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membimbing para pelajar cara-cara untuk menghasilkan poster yang menarik. Poster yang menarik dipercayai dapat memberikan info yang jelas dan poster haruslah mempunyai gabungan antara huruf dan nombor diatas kertas yang berukuran besar agar maklumat yang ada didalam poster tersebut dapat disampaikan kepada masyarakat umum.

Selain itu, turut di terangkan kepada ahli PIK Skio mengenai beberapa jenis poster dan kegunaan setiap poster tersebut contohnya poster perniagaan,poster kegiatan,poster pendidikan,poster layanan masyarakat dan poster pendidikan. Di akhir kelas turut diselitkan advokasi Klik Dengan Bijak dan juga kuiz secara atas talian melalui aplikasi Quizizz.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali