Kelas Membuat Peta Minda, E-Learning (Kahoot) & KDB

25 April 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas MS PowerPoint ini telah diadakan pada 24 April 2021, hari Sabtu bertempat di Pusat Internet Komuniti Skio. Dalam kelas ini, peserta diperkenalkan kepada Perintah SmartArt dan Shapes dalam kumpulan Illustrations yang terdapat pada Insert tab. Selepas itu, peserta diajar cara membuat Peta Minda menggunakan perintah SmartArt dan Shapes dalam MS PowerPoint.

Selepas itu, Klik Dengan Bijak Cyber Grooming diadakan dengan pelbagai tujuan termasuk seksual, keganasan(terrosim), jenayah, dan lain-lain. Kadang kala sikap atau kecuaian pengguna itu sendiri seperti ‘terlebih kongsi’ maklumat peribadi di media membuka ruang untuk mereka menjadi mangsa. Akhir sekali, para peserta membuat ulangkaji matapelajaran Matematik dengan menjawab soalan kuiz secara atas talian yang terdapat di laman web Kahoot.com .

Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 2.00 petang ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali