Kelas Microsoft Powerpoint & Advokasi Check Your Label (Cyl)

26 November 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Microsoft PowerPoint dan Advokasi CYL ini telah diadakan pada 25 November 2021, hari Khamis bertempat di Pusat Ekonomi Digital Skio. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada MS PowerPoint 2013. Mereka turut diberi tunjuk ajar cara menghasilkan buku skrap yang mudah dan ringkas. Para peserta mempelajari cara memasukkan skrap baru serta objek seperti teks, bentuk dan gambar ke dalam skrap. Selain itu, mereka juga diajar cara untuk mengubah format objek yang dimasukkan ke dalam skrap

Akhir sekali, advokasi Check Your Label (CYL) diadakan dengan tujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada para peserta tentang kepentingan memastikan peralatan komunikasi mempunyai label MCMC yang sahih sebelum membelinya. Disamping itu, peserta turut diberi pendedahan tentang kaedah pemeriksaan untuk menentukan kesahihan label MCMC yang terdapat pada peralatan komunikasi. Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 petang dan tamat pada pukul 5.00 petang ini telah dihadiri oleh 6 orang pelajar sekolah menengah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali