Kelas Microsoft Word & Kemahiran Menaip
25 November 2021 | Aktiviti TerkiniKelas Microsoft Word dan kemahiran menaip ini telah diadakan di bilik latihan PEDi Skio seramai dua orang pelajar sekolah rendah.
Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada platform TypingTest.com untuk menguji kemahiran menaip peserta. Seterusnya, mereka juga diberi tunjuk ajar cara untuk menaip dengan mudah dan pantas ketika menggunakan typingtest. Peserta juga diajar bagaimana menggunakan papan kekunci dengan cara yang betul serta menghafal setiap abjad papan kekunci.
Selain itu, peserta juga membuat surat menggunakan Microsoft Word sebagai latihan menaip.
Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pukul 2.00 petang dan tamat pada pukul 4.00 petang ini telah dihadiri oleh seramai dua orang peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: