Pembangunan Aplikasi & Web

23 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Jun 2021 (Selasa), Kakitangan Pusat Internet Komuniti Daerah Bau telah mengadakan sebuah program Sembang Digital yang bertajuk Pembangunan Aplikasi & Web. Program ini bersiaran di Facebook (FB) Page Menarik Di Bau bermula dari pukul 11.10 pagi. Tujuan program ini adalah supaya pengguna mengetahui bagaimana asas pembangunan sesebuah aplikasi dan web, pengenalan kepada jenis-jenis websitedan kelebihan website terhadap orang yang membuat bisnes. Selain itu, program ini juga diselitkan dengan sedikit sesi perkongsian pengalaman berkaitan digital website oleh pengurus PIK Tanjung Bowang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali