Jenis-Jenis Perniagaan & Perniagaan Online

23 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Jun 2021 (Selasa), Kakitangan Pusat Internet Komuniti (PIK) daerah bau telah mengadakan bual bicara santai secara atas talian yang bertajuk Jenis-jenis perniagaan dan perniagaan online. Antara topik-topik yang akan dibincangkan ialah tentang jenis-jenis bentuk perniagaan, perbezaan jenis perniagaan berbentuk undang-undang dan perniagaan fungsi. Program bual bicara ini akan bersiaran di Facebook (FB) Page Menarik Di Bau bermula dari pukul 10 pagi. Selain itu, kakitangan Pusat Internet Komuniti (PIK) juga akan menerangkan sedikit tentang jenis perniagaan yang terdapat di Malaysia serta kelebihan meng-onlinekan bisnes.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali