Kelas Asas Microsoft Powerpoint & Latihan Menaip Atas Talian
22 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniKelas Asas MS PowerPoint dan Kelas Menaip Atas Talian ini telah diadakan pada hari Jumaat, 21 Mei 2021 bertempat di Pusat Internet Komuniti Skio. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada MS PowerPoint 2013. Para peserta turut diberi tunjuk ajar cara menghasilkan slaid pembentangan yang mudah dan menarik menggunakan MS PowerPoint. Disamping itu, peserta turut diberi tugasan untuk menghasilkan slaid pembentangan.
Selepas itu, para peserta juga diperkenalkan kepada laman web typingclub.com dimana mereka berpeluang belajar teknik menaip dengan cara yang betul melalui latihan-latihan menaip secara atas talian. Di dalam kelas ini, para peserta telah diajar tentang asas cara-cara menaip secara cepat dan betul dengan diberikan kepantasan masa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: