Kelas Asas Microsoft Word & E-Learning (Quizizz)

21 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas MS Word (Bentuk) ini telah diadakan pada 20 Mei 2021, hari Khamis bertempat di Pusat Internet Komuniti Skio.Dalam kelas ini, peserta mempelajari cara memasukkan bentuk (shape) ke dalam Microsoft Word. Selain itu, peserta juga mempelajari cara untuk memformat bentuk dengan mengubah pengisian bentuk (shape fill), warna garisan luar (outline color), gaya bentuk (shape style), kesan bentuk (shape effects) dan mengubah warna isian (fill color).

Selepas itu, para peserta membuat ulangkaji pelajaran dengan menjawab soalan kuiz untuk subjek bahasa melayu melalui laman web quizizz.com. Kelas yang dijalankan selama 2 jam bermula pada pukul 2.30 petang ini telah dihadiri oleh empat orang pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Kelas tamat pada pukul 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali