Kelas Asas Microsoft Powerpoint, E-Learning (Quizizz) & Advokasi Check Your Label (CYL)

21 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Microsoft PowerPoint, e-Learning (Quizizz) dan Advokasi Check Your Label (CYL) ini telah diadakan pada 20 Mac 2021, hari Sabtu bertempat di Pusat Internet Komuniti Skio. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada MS PowerPoint 2013. Mereka turut diberi tunjuk ajar cara menghasilkan brochure yang mudah dan ringkas. Para peserta mempelajari cara memasukkan brochure baru serta objek seperti teks, bentuk dan gambar ke dalam brochure.

Selepas itu, advokasi Check Your Label (CYL) diadakan dengan tujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada para peserta tentang kepentingan memastikan peralatan komunikasi mempunyai label MCMC yang sahih sebelum membelinya. Disamping itu, peserta turut diberi pendedahan tentang kaedah pemeriksaan untuk menentukan kesahihan label MCMC yang terdapat pada peralatan komunikasi.

Akhir sekali, kuiz atas talian yang merangkumi pelbagai subjek pelajaran dijalankan melalui laman web quizizz.com. Melalui kuiz ini, para peserta diharap akan lebih berminat untuk menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran. Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 petang dan tamat pada pukul 5.00 petang ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali