Program Bual Bicara Santai Slot Inspirasi Usahawan Bersama Usahawan Kraftangan Anyaman, Sandra Trinata

16 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Menarik Di Bau (MDB) telah berkolaborasi bersama Pn. Sandra Trinata yang merupakan seorang usahawan kraftangan anyaman dan juga pengasas syarikat Nang Dee Resources di dalam satu program bual bicara santai #MDBTalkSeries secara FB Live Streaming seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh: 15 Ogos 2021 (Ahad)
  • Masa: 2.30 petang
  • Topik: Lensa Keusahawanan Kraftangan Anyaman

Sesi program Bual Bicara ini telah membincangkan sub-topik di bawah dengan padat dan penuh informasi untuk dijadikan sebagai informasi yang bermanfaat kepada pengguna laman sosial serta dapat memberikan inspirasi kepada anak muda di luar sana yang ingin berkecimpung di dalam dunia keusahawanan khususnya keusahawanan kraftangan Sarawak. Sesi ini turut mempunyai sesi Q&A di penghujung program.

Antara topik perkongsian yang telah dikupas ialah:

  • Penglibatan awal beliau di dalam bidang keusahawanan kraftangan.
  • Perkembangan terkini perniagaan dan pemasaran produk kraftangan beliau ke pasaran luar dari Sarawak seperti Semenanjung Malaysia, Los Angeles dan Eropah.
  • Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam memasarkan rekaan produk.
  • Sesi pameran produk kraftangan beliau secara online.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali