Kelas Mencipta Akaun Gmail & Pendaftaran Pekerjaan SPA9

13 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 12 April 2021 (Isnin), pihak PIK Skio telah mengadakan kelas secara bersemuka bersama-sama dengan beberapa orang ahli PIK Skio. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membimbing para belia lepasan SPM cara-cara untuk mencipta akaun Gmail bagi tujuan pendaftaran pekerjaan melalui laman web SPA9.

Selain itu para belia turut dibimbing cara untuk menghasilkan resume yang ringkas dan padat dan juga tips ketika menghadiri sebarang temuduga. Di akhir kelas, para belia turut diberikan pendedahan tentang keusahawanan agar mereka mempunyai minat dalam menceburi bidang perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali