Kelas Microsoft Power Point

12 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 11 April 2021 (Ahad), pihak PIK Skio telah mengadakan kelas secara bersemuka bersama-sama dengan beberapa orang ahli PIK Skio. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membimbing para pelajar cara-cara untuk menghasilkan slaid yang menarik menggunakan Microsoft Power Point. Para pelajar juga turut diberi tips penggunaan latar belakang slaid, jenis fon yang sesuai dan juga saiz fon yang sesuai.

Selain itu, advokasi berkaitan Klik Dengan Bijak dan juga kuiz melalui aplikasi Quizizz juga turut diselitkan di akhir kelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali