Kelas Menaip Surat Rasmi (MS Word), E-Learning dan KDB

14 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Menaip Surat Rasmi (MS Word), E-Learning dan KDB ini telah diadakan pada 13 Mac 2021, hari Sabtu bertempat di Pusat Internet Komuniti Skio.

Dalam kelas ini, para peserta diajar format untuk membuat surat rasmi yang betul. Sebelum menaip surat rasmi, para peserta diberi penerangan berkaitan tujuan penggunaan Microsoft Word dan fungsi-fungsi yang terdapat dalam Microsoft Word. Melalui sesi latihan menaip ini, para peserta dapat mengetahui cara untuk membuat surat rasmi dengan format yang betul disamping dapat meningkatkan kemahiran dan kecekapan menaip mereka.

Turut diselitkan perkongsian Klik Dengan Bijak berkenaan dengan permainan online serta permainan atas talian iaitu word search KDB.

Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 2.00 petang dan tamat pada pukul 4.00 petang ini telah dihadiri oleh seramai 2 orang pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali