Kelas Asas Microsoft Word & E-Learning

10 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Microsoft Word telah diadakan pada 09 Disember 2021, hari Khamis bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Skio. Dalam kelas ini, peserta diberi tunjuk ajar asas Microsoft Word 2013 berpandukan tutorial Microsoft Word 2013 yang didapati secara percuma melalui laman web edu.gcfglobal.org.

Selepas itu, para peserta juga dikenalkan dengan laman web coloringpaintinggames.com.

Antara topik yang diajar adalah:

  • Pengenalan kepada MS Word
  • Menaip dan memformat teks
  • Membuat dan memformat jadual
  • Memasukkan dan memformat gambar
  • Indents and Tabs
  • Line and Paragraph Spacing

Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 petang dan tamat pada pukul 5.00 petang ini telah dihadiri oleh dua orang ahli PEDi Skio.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali