Cara Meningkatkan Keyakinan Dalam Diri
22 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 21 November 2020 (Sabtu) Pusat Internet Komuniti Skio telah mengadakan sesi Live melalui aplikasi Streamyard. Pihak Pusat Internet Komuniti telah menjemput seorang pakar motivasi NLP(Neuro Linguistic Programme) iaitu Puan Nora Morshidi bagi memberikan serba sedikit ilmu pengetahuan mengenai NLP dan juga cara-cara untuk meningkatkan keyakinan dalam diri.
Sesi Live ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada komuniti mengenai kepentingan mempunyai keyakinan yang tinggi dalam diri kerana ianya memberikan banyak kebaikan dimana dipercayai bahawa mempunyai keyakinan diri yang tinggi adalah kunci untuk mencapai kejayaan dalam hidup.Ianya bukan sahaja keyakinan untuk berdiri di khalayak ramai malah keyakinan untuk mencuba sesuatu yang baru,bagi menghadapi dan mengatasi masalah dan juga mencipta kejayaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: