Kelas E-learning (Aplikasi Rapid Typing)
23 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 22 Februari 2020, di atas permintaan peserta PI Skio telah mengadakan kelas asas e-learning iaitu peserta dikehendaki menggunakan aplikasi rapid typing. Aplikasi ini adalah merupakan aplikasi menaip. Aplikasi ini ada pelbagai latihan yang membolehkan peserta menaip dengan pantas dan dapat mengurangkan kesalahan semasa menaip. Pi Skio juga telah mengadakan pertandingan menaip siapa yang paling pantas mengikut ayat yang disediakan oleh rapid typing. Kelas ini diadakan oleh En. Dixie dan dihadiri seramai 7 orang peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: