Kelas Asas Microsoft Powerpoint, Advokasi Mobile E-waste danTayangan Video

19 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Januari 2020, di atas permintaan peserta PI Skio telah mengadakan kelas asas microsoft powerpoint iaitu melakar poster sempena tahun baru cina. Setelah peserta berjaya melakar poster menggunkan aplikasi powerpoint seterusnya dari powerpoint peserta perlu mengubahnya kepada bentu gambar atau jpg supaya menyerupai poster sebenar.

Turut diajar ialah advokasi Mobile E-waste iaitu peserta perlu tahu di mana mereka perlu membuang atau menghantar sisa elektronik seperti telefon pintar yang rosak dan lain-lain. Tayangan video ditontonkan kepada peserta supaya peserta lebih memahami tentang mobile e-waste. PI Skio turut mengadakan sesi kuiz kepada peserta. Kelas ini diadakan oleh En. Dixie dan dihadiri seramai 13 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali